Saturday, July 28, 2007

Almond London

Selamat Datang ke Dapur Maklang
Ni resepi basic biskut untuk nak buat Almond London.

1 buku butter1 cawan gula icing
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras1 cawan tepung jagung
1 sudu makan emplex2 sd makan gajus yang di blend.
Mixkan butter and icing sugar . Lepas tu masukkan tepung2 tu.
Terakir baru masukkan tepung gandum. Sekiranya adunan dah ok
(Tak perlu masukkan semua gandum). Adunan jangan terlalu kering ye.
Last baru masukkan gajus.
Bakarkan almond sehingga gareng. Sejukkan.Balutkan almond dengan adunan tepung tu.
Bakarkan sehingga kekuningan.Cairkan coklat bar dengan hi-fat (boleh dapat kat kedai jual bahan kueh).
Jangan terlalu cair.

Maaf maklang tak tahu sukatan dia. Main agak2 aje. Maybe 2 keping bar tu boleh letak 2-3 sd hi-fat tu. Letakkan biskut yang dibakar tu dalam cupcakes yang kecik tu. Then letakkan coklat cair tu untuk nak coat the biskut. Tunggu sampai coklat dah keras lepas tu baru disimpan.Resepi ni memang sedap. Dari kawan maklang. Tiap Raya , dia jual beribu2 biskut ni. Cubalah, mana tahu sedap jugak!Selamat Datang ke Dapur Maklang



Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Satu buku butter tu berapa gram

Anonymous said...

satu buku biasanya 250g

maklang said...

Terimakaseh jawabkan..