Monday, July 06, 2015

Lamb stew

Bahan2:

1 kg daging kambing dipotong 2x2 in
4 btg celery dipotong 1 in panjang
2 bj carrot dipotong 1 inci panjang dan dibelah 4
4 bj kentang potong 2x2 in
4 bj tomato besar dikisar agak halus
2 bj bawang besar dipotong dadu biasa
6 ulas bawang putih dicincang atau blend
1 tin cendawan butang dibelah 4
1 tin tomato puri 250g
1 tin tomato sup 250g
2 sdt lada hitam yg ditumbuk kasar ( kalau nak pedas tambah lagi)
2sdb cili kering blend
Garam dan gula
Minyak utk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk yg tak melekat
2. Tumis bawang besar dadu dan bawang putih sehingga naik bau
3. Masukkan lada kering dan lada hitam. Gaulkan sebentar.
4. Masukkan daging lamb dan kacau sehingga bahan tumisan menyaluti daging. Tutup periuk. Biarkan sebentar sehingga daging lembut , atas api sederhana.
5. Masukkan tomato puri, soup tomato dan tomato kisar tadi. Masukkan juga kentang dan carrot. 
6. Bila kentang dan carrot dah agak lembut masukkan celery dan cendawan. Biarkan atas api perlahan sehingga kuah agak pekat. 
7. Masukkan garam dan gula. Kacau rata.


Tadi kami gunakan periuk noxxa. Jadi nak lembutkan daging ambil masa 25 mins je. Stir fry kan dulu. Baru on hp 25 mins. Lepas masukkan bahan2 lain letak on LP 20 mins.. Siap Alhamdulillah...

Wednesday, May 20, 2015

Kacang Pool

Assalamualaikum


Rupa2nya maklang tak ada letak resipi kacang pool cara maklang kat sini. Dapat resepi dari kawan yang memang pakar masak, orang johor jugak. Tapi as usuallah maklang bega2:). Resepi ni cukup utk 10-12 orang makan, InsyaALLAH 

Bahan2 utk kuah:


2 tin kacang pool
400gm daging cincang
6 ulas bawang putih
2-3sdt jintan putih ( maklang agak2 je bila dah ada bau tu dah cukuplah maknanya)
2bj tomato dipotong dadu
2bj bawang besar dipotong dadu
6 btg lada hijau dihiris 
Sedikit garam dan gula mengikut rasa
Sedikit minyak utk menumis
2-3 sudu besar minyak sapi

Bahan2 lain yg dimakan bersama kacang pool:

2 bj bawang besar dipotong dadu
2 bj tomato dipotong dadu
10 bj limau kasturi dibuang biji
8 bj lada hijau dihiris
1 bantal roti yang disapu butter dan dibakar
Telur ayam 5/6 bj ( ikut berapa orang nak makan . Kalau ramai tambah lagilah) boleh digoreng sebiji2 atau digoreng hancur


Cara2nya:
1. Panaskan sedikit minyak masak.

2. Tumis bawang putih dan jintah putih yang ditumbuk halus sehingga naik bau.

3. Masukkan daging kisar dan biarkan kering sedikit.

4. Masukkan kacang fool yg telah diblend kasar. Setengah orang suka dia sebiji2. Ni ikut cara masing2lah. Maklang suka separa hancur:)

5. Kemudian masukkan tomato dadu, bawang dadu dan lada hijau tadi. Biarkan sebentar sehingga naik minyak. Masukkan garam dan sedikit gula mengikut rasa masing:)

6. Terakhir masukkan sedikit minyak sapi. Kalau makan yg kat kedai minyak sapi dia letak masa nak makan. Maklang tak berapa suka bila terlalu berminyak.

7. Bila dah masak. Angkat dan hidangkan bersama2 bahan B tadi. Jangan lupa perahkan limau.. Maklang suka bila limau tu agak banyak .. Sedaaap masam2 sikit:)





Selamat mencuba:)




Thursday, January 23, 2014

Pow wow

Assalamualaikum

Baru2 ni maklang tengok kak liza letak gambar pau kat fb dia. Nampak tersangat sedap.. So maklang pon cuba2lah . Beli tepung pau dan main2 kat dapur. Masa beli tepung terserempak dengan kawan yg beli jugak tepung. Dia kata senang je kak buat nya. Dia pon cakap kat maklang resepi dia. Sebenarnya pernah buat lamaaaa dulu. Maklang guna tepung gandum je masa tu.. Jadinya pun kerepot sikit sebab maklang tak tutup dengan tuala penutup kukusan itu..

So, resepinya macam ni:

1/2 kg tepong pau Blue Key
1 pkt mauripan
sdb gula pasir
1 cawan sederhana air suam
1sdt garam
4 sdb minyak masak
1-2 sdt baking powder

Caranya:

1. Campurkan 4sdb air suam dengan gula dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga mauripan macam berbuih sedikit( menunjukkan ada tindakbalas yis)

2. Campurkan dengan tepung pau, baking powder dan garam dan
lebihan air.

3. Uli sehingga sebati. Sekiranya tepung masih berderai tambahkan sedikit air lagi. Sikit2 sangat sebab kalau terlebih nnt tepung jadi lembik sangat. Uli sampai tepung tak lekat pada tepi belas yang digunakan.

4. Kemudian masukkan 4sdb minyak masak dan uli lagi sampai sebati.

5. Biarkan doh tadi rehat selama 1 jam ( tutupkan bekas dengan tuala yang dibasahkan dgn air suam dan diperah kering supaya air tak menitik pada doh)
sehingga menjadi 2 kali ganda. Kemudian tumbukkan doh dah biarkan rehat selama 1/2 j. Kemudian dibahagikan kepada bahagian2 kecil. 

6. Boleh letakkan inti kati, sardin, kacang, kelapa ataupun kaya. Bila dah siap. Rehatkan lagi 20-30 mins sebelum dikukus. Pastikan air betul2 menggelegak semasa pau dikukus. Kukus selama 15 mins..

Jgn lupa balutkan penutup kukusan dgn tuala ye .. Utk mengelakkan wap air dari jatuh atas pau yg akan menyebabkan pau menggerutu dan tak cantek

Selamat mencuba

Friday, November 22, 2013

Hati Lembu Goreng dengan Rempah Kari

Selamat Datang ke Dapur Maklang Semuga mendapat manafaat dari blog ini

Assalamualaikum...

Macam dah letak je resepi ini tapi bila dicari2 tak jumpa pulak.


Bahan2:

1/2 kg hati lembu dipotong nipis2
1 bj lada merah di hiris ( jika mau pedas boleh diganti dengan beberapa ulas cili padi yang di ketuk)
1 bj bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih dihiris
sebesar ibujari halia dihiris
4 sdb rempah kari daging
sepelepah daun kauh kari
1 kpg asam gelugor
sedikit garam dan gula
sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak utk meenggoreng dan menumis

Cara2nya:

1. Hati lembu dihiris dan dicuci bersih. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit dan serbuk kari.
2. Goreng hati sehingga agak kering . ( saya tak lalu makan kalau masih rasa darah).
3. Masukkan bahan hirisan beserta asam keping dan gula dan garam.
4. Apabila hati susah masak, boleh lah diangkat.





Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Friday, November 15, 2013

Tahu fantasia

Bahan2nya

6 keping tahu
1/2 cawan daging ayam dipotong dadu ( kecil2)
1 pokok kecil daun bawang dan daun sadri di mayang halus
1 batang lobak merah diparut halus
1 btg lada merah dipotong dadu halus
1 putih telor
2 sd makan tepong jagung
Sedikit garam
Sedikit lada putih

Caranya:

Tahu dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan semua bahan2 yg lain. Sekiranya kurang melekat, masukkan sedikit lagi tepong jagung.

Masukkan campuran tadi kedalam acuan kuih lompang ataupun ke dalam loyang. Kukus sehingga masak.

Kemudian sejukkan dan dikeluarkan dari acuan. Setelah itu digoreng dalam minyak panas sehingga ke kuningan.. Sedap dimakan dengan sos cili atau cili padi.


Ayam boleh juga digantikan dengan potongan udang atau seumpamanya.


Resipi asal dari puan Elly Salman di elly-salman.blogspot.com. Tapi x jumpa pulak link dia.

Friday, July 12, 2013

Nasi Kerabu

Selamat Datang ke Dapur Maklang


Nasi kerabu
Bahan utk kuah:
8 bj bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
Halia sebesar ibujari
Lada kering 15 tangkai
Beacan sebesar ibujari
Bahan2 di atas semuanya diblend
Santan pekat dari 1 bj kelapa ( yg ini boleh tambah air sedikit)
1-1.5 sdtGaram
3sdt gula putih
2sdb gula merah
Sedikit minyak utk menumis
2 keping asam keping
Cara2nya:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan semua bahan yg dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan santan dan sedikit air. Didihkan atas api perlahan
4. Masukkan asam keping, gula putih, gula merah dan sedikit garam mengikut rasa yg sesuai. Kuah ini agak manis sebab nnt akan di makan dengan kuah lada.
5. Masakkan sehingga agak pekat.
Serunding ikan
Bahan2nya:
1 ekor ikan kembong, dibersihkan, dibakar dan ditumbuk agak halus
1 bj kelapa parut ( jika terlalu kasar, blend sedikit supaya agak halus)
3 btg serai dimayang
1 bj lada merah dihiris halus
2 bj bawang merah dimayang
Gaulkan semua bahan di atas dan digoreng sehingga agak kering dan ringan kelapa itu. Masukkan sedikit gram dan gula.
Air lada
4 bj lada merah dibuang biji
Sedikit cuka
Sedikit garam dan gula
Sedikit air suam
Blend semua bahan di atas.
Sayuran kerabu boleh bermacam2. Biasa kami makan dengan timun yg dipotong dadu, taugeh, hirissn kobis manis yg biasa atau yg ungu, kacang panjang, carrot pun boleh, dan jangan lupa kemangi dan daun kesom.
Gaul semuanya dengan kuah, serunding dan air lada.
Boleh juga dimakan dengan ikan atau daging goreng, telor masin, solok lada dan sebagainya..selamat menjamu selesa!


 Semuga mendapat manafaat dari blog ini Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Friday, April 19, 2013

Kek Marble

Selamat Datang ke Dapur Maklang 


Memang lama dah suka makan kek ni. Maklang mintak pada kawan baik maklang sejak kecil yg sangat pandai masak. Ikut macam mak dia laaa...Aunty Faegah...Dia pun memang tak lokek resepi...Jom share ye...
  • Bahan2nya:

    12 biji telur A
    12 oz castor sugar
    16 oz butter
    13 oz tepung gandum
    8 sudu mkn susupekat ( saya kurangkan jadi 6sdb)
    1/2 sudu kecil baking powder
    2teaspoon esen vanilla
    2 teaspoon esen ros
    2 teaspoon coco
    esen merah



    cara2:

    1. Pukul butter dan gula sehingga kembang ( agak2 kuning cair)
    2. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi, Biasanya bila masukkan telur yang kesepuluh atau sembilan, akan ternampak seperti telur itu macam tak sebati dan nampak macam adunan kita berminyak. Sekiranya ini terjadi, masukkan 1 sudu besar tepung dan pukul lagi adunan. Bila dah bercampur baru masukkan telur yang seterusnya.

    3. Kemudian masukkan esen vanilla 

    4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup dan balikkan,

    5. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
    6. Bila semua sudah siap, bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian mengikut warna  yg kita mahu. Contohmya
    a. kuning + vanilla
    b. merah + ros
    c. campurkan coco yg dah campur air skit

    7. Kemudian lenserkan dengan mentega pada tepi loyang pembakar dan lapikkan dengan keras pada bahagian bawah dulang pembakar. masukkan adunan tadi berselang2 mengikut warna yang kita sukai..
    bakar dlm oven 170C 45 minsSemuga mendapat manafaat dari blog ini