Thursday, September 13, 2007

Ikan Selar berlado

Selamat Datang ke Dapur Maklang









a.Bahan utama:

Ikan selar dibersihkan, dilumurkan dengan garam dan kunyit lalu digoreng sehingga garing. Angkat dan toskan.

b.Bahan2 untuk dikisar:

5 biji lada merah
4 biji cili padi ( sekiranya mahu pedas lagi, tambah aje cili padinya)
3in x 3in belacan yang telah dibakar
sebiji bawang besar
1 biji tomato sederhana besar

c. Bahan lain
2 helai daun limau purut
sedikit garam dan gula

Caranya:

1. Tumis bahan2 yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan garam dan gula serta daun limau purut.
3. Masukkan ikan tadi dan digaul rata dengan sambalnya. Biarkan sebentar supaya sambal meresap dalam ikan.













Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

3 comments:

  1. Astaghfirullah maklang...
    Baru first day puasa, dah kena cubaan sebegini...adoiii

    btw, mana resipi nya?

    ReplyDelete
  2. elisa:

    Tq datang blog maklang. selalu nampak elisa kat blog2 lain tapi ni first time kat sini kan...

    Maklang dah masuk kan resepinya. Yang masih belum lagi, akan diusahakan seberapa segera, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. eh.. elisa selalu datang sini tengok2 gambar dan resipi maklang yang menggiurkan tu. Tapi ini first time tinggalkan comment :)

    wahh ada ikan dalam fridge, so bolehlah masak ini untuk berbuka nanti.

    ReplyDelete