Saturday, September 22, 2007
Siakap bakar berempah ( Ala Chef Wan)
Selamat Datang ke Dapur Maklang
Bahan2nya:
2 ekor ikan siakap sederhana besar
4 biji limau kasturi diambil airnya
3 helai daun kunyit dihirs halus
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
daun pisang atau aluminum foil
Semua bahan di mesin sehingga halus.
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering
10 biji cili padi
4 biji lada merah
2 biji buah keras (optional)
4 batang serai
segenggam udang kering
1/2 inci persegi belacan
3 helai daun limau purut
Caranya:
Ikan siakap dibesihkan, dibuang sisiknya dan direndam dalam air asam. Pastikan semua darah yang melekat dikawasan ingsangnya dibuang sehingga bersih kerana sekiranya tertinggal sedikit akan terasa macam berlumpur ikannya.
Apabila sudah bersih, ketepikan dan toskan
Tumis semua bahan yang dimesin sehingga garing.
Ikan siakap tadi, dikelar, depan dan belakangnya
Masukkan rempah gareng tadi kedalam perut ikan dan ratakan diatas ikan bahagian atas dan bawahnya. Taburkan dengan hirisan daun kunyit.
Bungkus ikan tadi dalam daun pisang atau aluminium foil dan bakar didalam ketuhar selama 40 min. Bukakan bungkusan ikan tadi dan letakkan ke grill selama 5 min. Keluarkan dari ketuhar dan perahkan air asam limau di atas ikan.
Sekiranya tidak mempunyai ketuhar, bolehlah dibakarkan di atas kuali. Tapi kena balikkan lah bungkusan ikan itu, atau dibakar diatas kuali yang bertutup.
Selamat mencuba!
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Thank u for recipe maklang akan mencuba nya insya'allah.
ReplyDeleteumm..sedapnya mak lang...recipe beef layer cake tu simple jer
ReplyDeleteinti - potong garlic n big onion, cili, daun sup/celery, carrot..tumis semua then masukkan cornbeef...then masuk garam dan perasa
Biscuit cracker di rendam dlm air susu till lembik sedikit then susu dlm tray. lepas tu sapu telur kat atas biscuit crackers then spread inti tadi and tabur bawang goreng and spread telur lagi. Lepas itu baru letak crackers. buat layer by layer till habis then bakar dgn api sederhana..