Assalamualaikum..
Dah berbulan dapur maklang kat sini tak berasap...he..he..tapi dapur rumah mesti berasaplah..kalau tak ada yang berasap2 kepala sebab tak dapat makan..Alhamdulillah masa maklang pergi makan ikan siakap bersos mangga kat New Horizon beberapa minggu lepas, maklang pun mencari ilham macamana lah agaknya recipe dia...Alhamdulillah..Allah kasi ilham..so untuk sape yang nak mencuba...cubalah...simple tapi sedap tau..
Bahan2nya:
Seekor ikan siakap/ kerapu dibersihkan. Rendam dengan air asam jawa dan garam untuk membuang hanyir dan darah ikan. Kemudian lap kering.
Bahan untuk menyalut ikan.
5-6 sudu besar tepung jagung
1sdt lada putih
sedikit garam
Campurkan semua bahan diatas sehingga rata
Salutkan ikan yang telah dilap kering dengan tepung jagung, lada putih dan garam tadi sehingga rata. Kemudian goreng dalam minyak yang panas. Pastikan ikan tenggelam dalam minyak. Apabila telah garing, angkat dan toskan.
Untuk sos Mangga
Sebiji mangga muda yang di parut kasar ( atau dihiris)
7-8 biji cili padi
1/2 inci
1/2 - 3/4 cawan gula
1 cawan air
1/2 cawan air yang dicampur dengan 1 sdb tepung jagung
Caranya:
Masakkan 1 cawan air dengan cili padi yang telah diblend halus bersama dengan sedikit halia.
Kemudian masukkan gula dan biarkan sehingga gula hancur.
Apabila sudah menggelegak, masukkan air becampur dengan tepung jagung dan kacau sehingga campuran pekat dan berkilat. Sekiranya terdapat bau pada cili padi tadi ( dan berasa maung), campurkan air lagi dan masak atas api perlahan.
Apabila sudah masak. Bolehlah di hidangkan bersama ikan. Curahkan sos dikeliling ikan ( supaya kerangupan ikan dapat dikekalkan). Kemudian letakkan mangga yang diparut diatas ikan.
Enjoy the food...
Selamat Datang ke Dapur MaklangSemuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment