Selamat Datang ke Dapur Maklang
Assalamualaikum
Last wiken masa kak liza datang, kami sama2 kutip buah kedondong yang tengah lebat kat depan rumah tu.Selalunya tak sempat nak ambek, monyet2 dari hutan kat belakang rumah dah makan dulu...Tapi kali ini agaknya rezeki kak liza, banyak jugaklah dapat dipetik. alhamdulillah...
So, since kak liza kata nak buat pajeri, maklang pulak kata..agaknya sedap tak buat kerabu kedondong...maka semalam, tibalah sesi campak2 and agak2 untuk menghasilkan kerabu ini. Memang maklang tak perahkan limau sebab takut masam sangat. nak2 bulan2 puasa ni takut perut meragam pulak...
Bahan2
10-15 biji kedondong yang agak muda dibuat kulit dan sagat kasar
2 biji lobak merah di sagat
1 pokok daun ketumbar dihiris halus
3/4 cawan kacang digoreng dan dikisar kasar
2 bj lada merah dihiris
6-10 biji cili padi di hiris
sedikit garam dan gula
4 bj bawang merah dimayang
2sdb udang kering direndam dengan air panas ( boleh juga kalau mahu digoreng tanpa minyak sehingga garing)
Campurkan semua bahan sehingga rata. Ratakan gula dan garam.Jika mahu boleh juga perahkan sedikit limau kasturi atau limau nipis.
Selamat mencuba..
Semuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
No comments:
Post a Comment