Monday, October 01, 2007

Chicken cashew nut















Selamat Datang ke Dapur Maklang

Ngantuknya mata ni. Tapi sebab takut makngah mengharap sangat maklang paksa jugak menaip resepinya.

Bahan2:

1 ekor ayam dipotong kecil2 sebsar 2 x 2 inci
2 labu bawang besar dihiris panjang
10 tangkai lada kering sibuangkan tangkainya dan jugak bijinya.Cuci dan toskan
4 sdb sos tiram
3 sdb kicap mee (pekat)
1 sdt gula
sedikit minyak bijan
1 cawan gajus digoreng dengan sedikit minyak sehingga gareng.


di mesin:

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia




Caranya:

Ayam diperap selama beberapa minit bersama sikit garam.Perap selam 15min. Kemuduan goreng kan. Tapi jangan terlalu lama. Angkat dan toskan.

Goreng kan lada kering dengan sedikit minyak sehingga gareng. Masukkan bawang besar dan goreng lagi.
Masukkan ayam, sos tiram dan kicap pekat dan gajus
Apabila semuanya sudah rata, masukkan sedikit minyak bijan dan kacau lagi , bolehlah diangkat dan dihidangkan.








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

5 comments:

Rozie said...

maklang, I masuk rumah you tanpa izin...salam perkenalan...I add blog you ke blog I...boleh gitu???

maklang said...

rozie:

silakan....silakan...

adalagi blog utama maklang:

dariteratakmaklang.blogspot.com
jahitanmaklang.blogspot.com

ada masa silalah kesana1

cikMilah said...

Salam Maklang,
sama gak macam Rozie, cikMilah dah lama "curi masuk"...hi hi hi. Best blog maklang ni ( nak panggil maklang pun segan, nampak gambo cute ayu jer orangnya). Hari-hari ziarah tau!Nak habaq ni, cikMilah dah buat 3 kali Ayam Cashew Nut ni. 1 kali ganti ayam dengan sotong kembang ( sotong coklat)...nyum nyum. Semuga bertambah berkat hidup dan rezeki maklang...dari ofis ke dapur, ke RE,handal betul supermom ni! Ramai orang ziarah raya ya...itu tanda rumah yang berkat...InsyaALLAH.

Azian Hasan said...

Mak Lang,
Nampak sedap tu mak lang..Kat rumah ni bebudak ni tiap-tiap hari kalau boleh nak makan ayam..ketandusan idea nak masak apa.Thanks mak lang for the recipe ye..i link u k!

Ummi said...

UmmiZaihadi
Salam Mak Lang, dah merata ummi masuk rmh mak lang ni, kat teratak kat bilik menjahit, ni hah kat dapur...uih maklang ni bukan calang-calang orang rupanya..sume nya leh wat..jahitan pun cantik2, kelas gitu! Masak pun sedap2 jek..menyelerakan...fuh! Berpeluh tahan lapo tgk resepi mak lang sume nih...