Sunday, June 01, 2008

Ikan tongkol masak lemak

Selamat Datang ke Dapur Maklang



Ini sebenarnya lauk untuk nasi berlauk.

Bahan2:

1 ekor ikan tongkol dibersihkan dan direbus bersama bawang merah, bawang putih dan halia seta lada merah dan asam keping dan sedikit air dan garam. ( memadai menggunakan satu ulas bawang2 dan sebiji lada dan 3 keping asam keping). Apabila mendidih, di toskan ikan tersebut. Boleh juga sekiranya tak di rebus dahulu. Masak terus aje pun boleh...

3 ulas bawang merah di tumbuk
5 ulas lada merah di tumbuk

1 biji kelapa diambil santannya

cili hijau atau cili padi di hiris.
4 keping asam keping
sedikit kunyit hidup ( ditumbuk) atau kunyit serbuk dan sedikit garam

4 x 4 inci lengkuas di ketuk


Caranya:

1. Ikan tongkol yang di toskan tadi, di masak bersama bawang merah dan lada merah yang telah ditumbuk/ blend bersama lengkuas dan asam keping. Letakkan sedikit santan serta kunyit.

2. Apabila telah mendidih, masukkan santan selebihnya berserta cili pada/ cili hijau dan biarkan mendidih lagi. Angkat dan boleh dimakan dengan nasi panas.




Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

4 comments:

alamanda said...

assalamualaikum mak lang. tq ye sebab share resepi kek coklat yg sgt senang dan sedap pulak tu. sungguh menjimatkan masa betul. tq ye.

maklang said...

ummu hanis:

Salam dan sama2 kasih...

Siti Khuzaimah said...

Salam maklang,

Aduh, lagu raya plak...uhuksuhuks...sedihnya...kat perantauan ni mana ada lagu raya...sendiri pasang ler kalau nk dengar...huaaaaaaa

alamanda said...

hai mak lang cayang. harini sekali lagi meja saya dihiasi oleh kek cokelat mak lang sempena hari jadi hubby. mak nanti tolong ajar cara senang buat topping yg cecantik ye. yg pakai barang barang murah. selalu yg diorg buat tu pakai bende mahal je mak lang. tolong ye.