Monday, August 03, 2009

Ayam masak lemak kuning



Selamat Datang ke Dapur Maklang


Hari ini kita masak ayam masak cili padi. Paling senang sekali nak masak ni..dan paling digemari oleh orang2 kat rumah maklang!:)


Bahan2:

Satu ekor ayam dipotong 12 dan dibersihkan
Santan dari 1 biji kelapa
4 biji kentang dibuang kulit dan dibelah 4
4 batang serai diketuk
10 biji belimbing buluh yang sudah dijerukkan
2-3 keping asam keping
sedikit garam

Di kisar:
10 tangkai cili padi
5 tangaki lada merah
sebesar ibujari kunyit hidup, atau 1 sudu kecil serbuk kunyit


Caranya:

1. Letakkan ayam dan kentang didalam periuk. Masukkan semua bahan yang dikisar dan juga serai. Tutup periuk dan biarkan ayam mereneh di atas api perlahan. Jangan lupa balik2kan supaya perencah rata.

2. Apabila ayam agak mesra dengan perencah, ( kira-kira 10-15 mins), masukkan santan ke dalam periuk.

3. Masakkan atas api yang kuat sambil dikacau2 kuah ayam tadi. Apabila sudah menggelegak, api bolehlah diperlahankan.

4. Masukkan asam keping dan belimbing buluh dan biarkan sebentar. Apabila ayam sudah masak dan kentang sudah lembut, bolehlah tutupkan api. Masukkan sedikit garam mengikut citarasa masing2:)







Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

1 comment:

blogresipi said...

Sedapnye ayam masak kuning2 tue.. sangat faveret mkn ngan nasik panas...