Monday, August 31, 2009

Famous Amos Chocolate Chips


Selamat Datang ke Dapur Maklang








Resepi ni maklang dah modify sikit. Tang bab kacang dan choc chip dia. Dia guna pecan dan choc chip dia banyak sangat. Atas kitalah nak guna banyak mana, tapi maklang rasa yang maklang dah modify ni sedang2 lah, tak terlalu banyak dan tak terlalu sedikit.

Bahan2 :

1/2 lb butter ~ 250 gm ( sebuku)
3/4 cawan gula perang ( maklang guna cawan corelle tu - agak tinggi sikit)
3/4 cawan gula pasir
2 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sd teh soda bikarbonat
4 oz hazelnut yang dah dipotong 8
12 oz choc chip
1 sd tehb vanilla
1/2 sd teh garam halus


Caranya:

1. Pukul butter denga gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
3. Masukkan 1 sdt vanilla
4. Pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan bikarbonat dan garam. Pukul dengan kelajuan yang perlahan sebab kalau tak nanti habis terbang semua tepung tu.
6. Masukkan kacang dan choc chip dan gaul dengan perlahan sehingga rata.
7. Sudukan ke dalam dulang pembakar. Bakar dalam suhu sekitar 180C ( maklang tak tahu exact sebab oven tu dah tak ada nombor! agak2lah ye) Biskut tu dah masak kalau tengok bawah dia dah agak coklat dan garing.


Nota: Kalau nak rasa lebih coklat boleh jugak letakkan 1 sdb serbuk koko.

Cubalah..Biskut ni memang tetamu carik tiap tahun kalau ke rumah Wan!:)

Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

7 comments:

Anonymous said...

salam..mak lang yat nak tanyasikit..telur tu maklang pakai telur gred apa?A,B atau C?

maklang said...

maklang pakai yg gred A atau B jer..

kakyong said...

maklang..
nanti nak cuba buat..
hrp2 menjadilah walau guna oven hitam yg lama tu....

shalyafzan said...

salam maklang,
maaf saya terkonfius..
ni maklang yg sama dari fotopages dulu tu ke??
huhu..

ape pon terima kaseh maklang..

aily said...

maklang...terima kasih coz share resepi biskut choc cip nie....memang sedap...saya dah cuba buat masa raya tahun lepas...x sempat nak hidang masa raya...anakx2 makan...habis berbalang..hihi..saya bg mak mertua sebalang...kawan mertua sume puji sedap...baru-baru nie mak mertua minta ajarkan dia buat pulak...bangga sy rasa...terima kasih sekali lagi coz biskut maklang nie merapatkan lagi hubungan saya dengan mertua...

maklang said...

Syukur pd Allah..:)

liyana said...

salam mak lang,klau pakai kacang walnut boleh ke?unit oz tu mcmn eik?