Sunday, August 30, 2009

Kerabu Sotong


Selamat Datang ke Dapur Maklang



Kerabu ..segala jenis kerabu memang lah menjadi kegemaran Cik Abang...


Bahan2:

1/2 kg sotong, dibersihkan, potongkan anggaran 1 inci tebal dan direbus dengan sedikit air dan garam. Letakkan beberapa potongan kecil halis, untuk menghilang bau hanyir

1 labu bawang besar di mayang
1 cawan taugeh di buangkan ekornya
1 ikat ( 50 sen) kacang botol di potong 1/2 inci panjang
1/2 biji kelapa goreng


4 biji lada merah dan sebesar ibu jari belacan ditumbuk bersama sedikit gula dan garam. Kalau nak pedas, boleh campurkan dengan sedikit cili api
1 biji limau nipis, di ambil airnya.

Caranya:

1. Apabila sotong sudah masak, angkat dan toskan.
2. Campurkan semua bahan2 diatas. Letakkan sedikit garam dan gula.
3. Perah kan air limau nipis dan gaul rata. Masam manis tu, kita adjust laa ye...


Sebenarnya untuk kerabu ni, kita boleh letak bermacam2 jenis sayuran yang boleh di buat ulam. Kalau nak letak kan kacan g panjang pun boleh kalau tak ada kacang botol tu. Kalau nak parutkan magga muda pun boleh. Kalau nak letakkan kacang tumbuk untuk nak lemakkan pun boleh. Ikut citarasa laa ye...





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

2 comments:

TaShA said...

nampak sedap jer mak lang nk try r....dun forget to follow my blog ...i follow u u follow me...eheheee

TaShA said...

nampak sedap jer mak lang nk try r....dun forget to follow my blog ...i follow u u follow me...eheheee