Selamat Datang ke Dapur Maklang
Assalamualaikum
Tadi pagi tak tahu nak masak apa. Tapi taulaa nak buat nasi goreng. Entah naso goreng apa pon tak ada idea. Maka mula mengarang pepagi ni...tapi biasa2 je..dah ramai orang yang buat, so maklang buat buatlaa juga..hentam aje...
bahan2:
2 put nasi yang telah di sejukkan
bahan2 utk di tumbuk
3 bj bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 in belacan
10 ekor ikan bilis dibuang perut nya
1 sd teh udang kering
4 biji lada merah
bahan utk di hiris
4 - 5 batang serai dihiris halus
1/2 bawang besar di potong memanjang
2 bj cili merah dihiris
8 bj cili padi di hiris
1 bj lobak merah di potong dadu
8 batang kacang boncis di hiris nipis
======
lain2:
2 bj telor ayam
garam
gula
minyak utk menumis
2 sd besar bumbu tomyam
5 helai daun limau purut di carik2
10-15 ekor udang dibuang kepala
3 kor sotong sederhana besar di potong sebesar 1 inci
caranya:
1. Panaskan minyak. Apabila sudah panas masukkan bahan yang ditumbuk. Goreng sehingga garing
2. Masukkan udang dan sotong dan tunggu sebentar.
3. Masukkan nasi yang telah di leraikan dan kemudian goreng sehingga nasi agak kering ( lambat sedikit sebab air dari udang dan sotong banyak yang keluar)
4. Apabila sudah agak kering, pecahkan telur . Biarkan sebentar sehingga telur agak masak baru di kacau lagi nasi tu.
5. Masukkan sayuran dan daun limau purut dan di kacau lagi. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa:)
6.Apabila nasi sudah kering, barulaa di angkat dan dihidangkan.
* boleh juga kalau mahu masukkan cendawan, brocolli dan daun ketumbar utk menambah keenakkan
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
No comments:
Post a Comment