Thursday, January 23, 2014

Pow wow

Assalamualaikum

Baru2 ni maklang tengok kak liza letak gambar pau kat fb dia. Nampak tersangat sedap.. So maklang pon cuba2lah . Beli tepung pau dan main2 kat dapur. Masa beli tepung terserempak dengan kawan yg beli jugak tepung. Dia kata senang je kak buat nya. Dia pon cakap kat maklang resepi dia. Sebenarnya pernah buat lamaaaa dulu. Maklang guna tepung gandum je masa tu.. Jadinya pun kerepot sikit sebab maklang tak tutup dengan tuala penutup kukusan itu..

So, resepinya macam ni:

1/2 kg tepong pau Blue Key
1 pkt mauripan
sdb gula pasir
1 cawan sederhana air suam
1sdt garam
4 sdb minyak masak
1-2 sdt baking powder

Caranya:

1. Campurkan 4sdb air suam dengan gula dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga mauripan macam berbuih sedikit( menunjukkan ada tindakbalas yis)

2. Campurkan dengan tepung pau, baking powder dan garam dan
lebihan air.

3. Uli sehingga sebati. Sekiranya tepung masih berderai tambahkan sedikit air lagi. Sikit2 sangat sebab kalau terlebih nnt tepung jadi lembik sangat. Uli sampai tepung tak lekat pada tepi belas yang digunakan.

4. Kemudian masukkan 4sdb minyak masak dan uli lagi sampai sebati.

5. Biarkan doh tadi rehat selama 1 jam ( tutupkan bekas dengan tuala yang dibasahkan dgn air suam dan diperah kering supaya air tak menitik pada doh)
sehingga menjadi 2 kali ganda. Kemudian tumbukkan doh dah biarkan rehat selama 1/2 j. Kemudian dibahagikan kepada bahagian2 kecil. 

6. Boleh letakkan inti kati, sardin, kacang, kelapa ataupun kaya. Bila dah siap. Rehatkan lagi 20-30 mins sebelum dikukus. Pastikan air betul2 menggelegak semasa pau dikukus. Kukus selama 15 mins..

Jgn lupa balutkan penutup kukusan dgn tuala ye .. Utk mengelakkan wap air dari jatuh atas pau yg akan menyebabkan pau menggerutu dan tak cantek

Selamat mencuba

No comments: