Sunday, September 09, 2007

Abok-abok


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Bahan2nya:
2 cawan sagu mata ikan dicuci dan ditoskan
1-1.5 cawan kelapa parut ( putih sahaja)
1-1.5 cawan gula merah
Sedikit garam

Caranya:

1. Gaulkan kelapa dengan sedikit garam dan sagu.
2. Bentukkan daun pisang seperti kon.
3. Masukkan 1.5 sdb sagu mata ikan dan kelapa yang sudah digaul rata, kedalam kon tadi, diikuti dengan 1 sdt gula merah. Sekiranya mahu lebih manis, letakkan sedikit lagi gula merah tadi. Masukkan lagi sagu mata ikan dan kelapa tadi.
4. Kemaskan kon supaya ianya membungkus bahan2 tadi.
5. Kukus selama lebihkurang 30 min atau sehingga sagu masak.



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

No comments: