Selamat Datang ke Dapur Maklang
Sawi Jepun sos tiram
Bahan2:
2 ikat sawi Jepun
3 sdb udang kering direndam sebentar dan dikisar halus
4 sdb sos tiram
1 tin cendawan butang dibelah 2
4 ulas bawang putih di kisar halus
Sedikit gula dan garam
1 sdt lada putih
2 sdt minyak bijan
2 sdb minyak masak
Caranya
1. Sawi Jepun dipotong bawahnya dan direndam dengan air garam. Panaskan seperiuk kecil air. Masukkan sedikit minyak dan apabila air telah mendidih, celurkan sawi sehingga warnanya bertukar. Jangan terlalu lama kerana ini akan menyebabkan sawi terlalu lembik. Angkat sawi dah toskan. Kemudian susun memanjang didalam pinggan.
2. Panaskan 2sdb minyak masak dan tumiskan bawang putih kisar. Apabila naik bau, masukkan udang kering. Kacau rata sehingga agak garing. Boleh juga masukkan sedikit air supaya ianya tidak terlalu kering. Masukkan sos tiram , cendawan butang, garam, gula dan lada putih serta minyak bijan. Angkat apabila mendidih. Curahkan dia atas sawi tadi.
Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment