Wednesday, September 12, 2007

Dendeng


Dendeng










Dendeng sebelum disambalkan..memang sedap ni...makan pulak dengan gulai lemak udang dengan kacang panjang...berpoloh.....








Selamat Datang ke Dapur Maklang

2kg Daging lembu ( Chuck tender pun dah ok)

Bahan2 A: ( dimesin sehingga halus)

8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sebesar ibujari halia
4 batang serai

Bahan2 B: ( dimesin sehingga halus)

4 biji bawang Merah
8 ulas bawang putih
4 biji tomato sederhana besar
10 biji lada Merah dibuang bijinya
10 biji cili padi

Bahan C:

Sedikit garam.

Caranya:

Daging dipotong lebih kurang 4 x 4 inci, atau chuck tender dibahagi 3 dah direbus dengan bahan2 A. Air hendaklah menutup daging yang direbus. Rebus sehingga empuk.
Apabila sudah empuk, daging dihiris setebal ½ inci. Potongan daging elok sekiranya ianya lebar2.
Tumbuk hirisan daging tadi sehingga nipis.
Goreng di dalam minyak panas sehingga ianya gareng. Angkat dan toskan

Tumiskan Bahan B di dalam minyak panas sehingga ianya gareng dan masukkan sedikit garam. Pastikan yang ianya sudah naik minyak, dan kecilkan api, masukkan sedikit garam. Kemudian masukkan daging yang ditoskan tadi dan gaul sehingga rata. Sedap dimakan dengan nasi panas semasa bersahur.

1 comment: