Thursday, March 09, 2006

Kek Holiday Inn

Kek ini ehsan dari wife sepupu maklang. Nama dia Dewi. Dia orang Sarawak. Memang pandai buat kuih. Maklang ambik je resepi ni dari dia and cuba buat sendiri. Dapat aje resepi, Maklang, adek tersayang Ereen and adek ipar, Leen terus aje buat. Oleh kerana kesedapan kek ni kami buat juga kek tu lepas balik Raya dari rumah mak mentua Dewi (my aunty) and stayed up until almost 2:00am untuk nak siapkan kek ni. Alhamdulillah jadi...

So here's the recipe:

16 oz butter
1.5 glass gula pasir ( satu cawan pun ok. Ikut nak manis macamana)
10 bj telur ayam sederhana besar
1 tin condensed milk tin biasa( Maklang biasa guna 0.75 tin je sebab kalau tak too sweetlaa)
2 gelas biskut Marie yang telah dikisar sampai lumat ( jadi macam tepung)
sedikit esen vanilla
1.5 gelas horlicks
1.5 gelas milo

Butter + sugar di pukul sampai putih. Kemudian masukkan telor satu persatu. Bila dah selesai masukkan sedikit esen vanilla (lbhkrg 1 sdt). Masukkan susu pekat dan campurkan hingga sebati. Then foldkan the biskut Marie tu. Kemudian adunan di bahagi 2.Satu adunan dicampukan dgn Horlicks and the other one dengan milo.Foldkan sampai rata.

Sementara tu, panaskan pengukus. Letakkan plastic didalam loyang kek supaya mudah mengeluarkan kek dari loyang apabila dah siap nanti.

Mula2 letakkan adunan yang bercampur Horlicks dulu. Ratakan. Normally sukatan lebih kurang 1 senduk aje. Tapi ni depends on berapa tebal kita nak lapisan tu. Kalau nak banyak lapisan, gunakan sikit aje adunan tu. Kalau malas buat 4 lapis je...Letakkan loyang dalam pengukus dan biarkan selama 20 mins. (Peringatan: Hendaklah dibubuh kain tuala diatas loyang supaya air dari penutup pengukus tu tak jatuh atas kek. Ni penting kalau tak kek tak cantik bila ada wap air atas kek. Boleh jugak kalau ikatkan kain tuala atau lampin yang bersih pada penutup pengukus tu). Indication kalau kek dah masak is when the adunan tak lekat kat tepi loyang. Bila dah masak then boleh bubuh adunan Milo dan seterusnya. Biasanya kek siap dalam 4 jam. Jenuhlah nak tunggu.... Tapi kalau dah siap ...puas hati...

Selamat mencuba...
Ni dia kek kita....







Ini kek lapis Holiday Inn yang dah kena potong.

7 comments:

AuntyN said...

Maklang : AN Naklinkkan blog ni ke blog resipi AN, boleh ke?

simah said...

kalu condensed milk tak der, nak pakai apa mak lang?any suggestion? kat turki mana nak carik condensed milk mak lang..

Rina said...

Wah kek kukus lagi nih....Akan dicuba. Saya kalau part2 mencuba memanglah no.1..he..he...
Mak Lang....pernah cuba kek kukus cokelat moist. Ennn...yummy.....macam kat kedai 'Kek Rahsia' tu.

mamimontel said...

maklang... kek ni kalo bakar bleh tak?

Anonymous said...

Hi Mak Lang
What type of gelas do you use to measure?TQ Irene

mawar merah said...

salam mak lang,terima kasih dengan resepi tu...saya dah cuba membuatnya,sedap betul kek ni.anak2 saya suka sekali,kalau mak lang nak tengok hasilnya lihatlah kat blog saya.

mawar merah said...

xxx