Monday, March 06, 2006

Mee rebus


Mee rebus


Maklang punya resepi ni main agak je as Maklang ni bukannya proper chef.
Resepi ni pun dapat dari MIL yang dah passed away. Senang aje buat dia….






Bahan2 dia:

Asas dia macam nak buat sambal tumis aje.

Bahan A
10 biji bawang merah
20 batang lada kering

Bahan B

Air perahan dari kepala udang fresh. Kalau ada kepala udang hidup yang tak digunakan jangan lah dibuang. Kepala udang tu dicuci berseh2 dan kemudiannya direbus. Lepas tu blend kepala udang tu and then diblend. Tapiskan dan ambil air nya sahaja. Biasanya Maklang akan buat ni and freeze dulu. Bila nak pakai baru keluarkan and buat kuah mee rebus ni.

Bahan C

Lebih kurang 400gm keledek merah. Dibuang kulit dan dipotong lebih kurang 3 inci tebal dan di microwavekan selama 7-8 min. Kalau masih tak lembut buatkan lama sikit. Tak payah letak air. Cuma cuci berseh2 dan masa microwave tu tutupkan bekas tu rapat2 supaya wap tu boleh lembutkan the keledek. Kemudian lecekkan sampai betul2 hancur.

3 keping asam keping
½ kg daging dihiris ( daging kalau nak letak banyak lagi sedap – yang ni ikut suka)
100 gm kacang tanah digoreng dan kemudiannya diblend. Jangan terlalu halus
Gula merah atau gula Nira ( kalau yang 3 inch diameter tu dalam1/2 kpg cukup)
Garam secukup rasa.


Cara2nya.

Bahan2 A diblend dan ditumis dalam minyak yang panas sehingga garing.
Kemudian masukkan air kepla udang. Bila dah menggelegak masukkan keledek dan daging yang telah dihiris. Kemudian masukkan kacang tanah yang telah diblend. Letakkan sedikit gula merah and garam sehingga cukup rasa. Terakhir masukkan asam keping. Masak kena lama sikit sampai dia agak pekat dan daging lembut. Kalau lambat sangat nak pekat, blend kan kacang tanah sikit lagi and campurkan.

Boleh jugak nak letak udang hidup sedikit atau ikan kembong yang dah diblend.

Condiments dia, as usual, taugeh, tahu goring, lada hiris, bawang goring and telor rebus.

Mee kuning tu dibasuh berseh2 untuk nak buang kapur dia and then celur kejap aje dengan taugeh tu sekali…

Selamat mencuba and kalau jadi beritahulah Maklang ye….

No comments: