Tuesday, May 09, 2006

Spaghetti sauce and Lasagna

Nak buat spaghetti senang je.
Ni my version yang dah Malaysianized!
Bahan2:
Carrot sebatang di dadu
Capsicum 1 biji pun didadu
Button mushroom 1 tin di hiris nipis
Bawang besar 2 di dadu
Daging cincang 1 packet
Sedikit cili kering, bawang putih, bawang merah dan halia blend.
Barbecue sauce 0.5 botol
tomato puri 0.5 tin
tomato buah 4 biji diblend
Satu sudu kecil oregano
garam and gula

Tumis bawang2, lada and halia sampai garing. Masukkan daging and kacau sebati. Masukkan tomato blend, tomato puri, barbecue sauce and all the sayuran. Letakkan atas api perlahan . Bubuh garam and gula mengikut rasa. Last sekali letakkan oregano. Bahan2 nya boleh adjust ikut kegemaran. InsyaAllah jadik!.

Kalau ada leftovers from the sauce, boleh buat lasagna.
















Caranya:

5-7 keping lasagna sheets. Banyaknya sheet ikut loyang kita and berapa lapis kita nak buat .

Untuk white sauce:

0.5 kotak fresh milk
4 sudu besar butter
1 sdb tepung gandum

Panaskan butter, masukkan tepung dan gaulkan sampai sebati then masukkan tepung dan gaul hingga rata dan tak berketul lagi. Buatkan jangan terlalu pekat. Boleh campur ait kalau terlalu pekat. Kalau nak lemak lagi boleh je tambah susu atau marjerin.

Kemudian sapukan mentega kat loyang tu. Letakkan lasagna sehingga menutup loyang. Senang kalau guna loyang yang segi. Letakkan sauce spaghetti tu rata2 and lapiskan dengan white sauce. Lepas tu diulang dengan lasagna sheets dan seterusnya.bpaling atas letakkan white sauce dan boleh tabur cheddar cheese yg diparut. Kemudian bakar sehingga masak dan kekuningan lebih kurang 30-40 mins suhu 170c

InsyaAllah jadik and selamat mencuba!!!

1 comment:

Syikin said...

maklang dah tutup blog ke? atau tukar nama lain? kalau tukar nama lain, blh saya tahu url terbaru?