Sunday, May 13, 2007

Nan Berinti daging




Assalamualaikum

Untuk nak buat Nan berinti daging ni, bahan2 yang diperlukan adalah seperti berikut:

Beberapa keping roti nan
Sebungkus daging cincang
1 labu Bawang besar yang dipotong dadu
3-4 sudu besar cili sos
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
Beberapa tangkai daun ketumbar
Tomato yang dipotong dadu


Mula2 nan di potong dua dan dibakar atas kuali, tanpa minyak. Apabila telah agak lembut, bolehlah diangkat. Potong antara kepingan nan itu untuk membuat lubang di tengahnya.

Tumiskan daging cincang. Masukkan bawang yang telah didadu. Apabila daging telah agak kering, masukkan cili sos, lada hitam, sedikit garam dan daun ketumbar. Gaul rata dan biarkan sehingga agak kering.

Kemudian letakkan daging tadi kedalam nan tadi, dan letakkan tomato yang telah dipotong dadu di atasnya. Boleh juga jika mahu letakkan potongan timun.


Selamat mencuba! Sedap untuk makan pagi dan sesuai untuk bekalan anak2 ke sekolah.

No comments: