Wednesday, July 04, 2007

Telor dadar dengan kobis

Maya sedang beraksi depan kuali...kononnya dialah yang masak tu. Walhal tolong pecah telor aje..
Ini telor dadar dengan kobis. Sebab Maya nak makan lagi, terpaksalah mak dia masak pulak.
Ini dia tukang masak genit depan telor dadar kobis buat makan malam..


Kalau ada sesiapa nak resepi nya:

Kobis bulat dihiris nipis
Bawang besar dihiris
Bawang putih dan lada merah dihiris
sedikit garam
Telor 3-4 biji

Telor di pukul dan dicampurkan dengan sayuran dan didadarkan. Masak atas api kecil sehingga sayur masak. Lauk ini kalau budak2 tak makan sayur, boleh jadik makan...macam si Maya tu...

1 comment:

Kaklong said...

salam,

Maya..acik teruja nak buat telur dadar Maya ni, tp kobis lak abih :D, tak pe, nanti makcik try ek.moga2 anak2 makcik jadi suka makan kobis :)

maya ni mcm muka abahnya la..esp. part matanya tu :D