Tuesday, July 24, 2007

Ikan Tilapia Merah Goreng Tomato


Bahan2nya:

2 ekor ikan tilapia dibuang perutnya dan direndam dengan air asam jawa dan perahan air limau serta sedikit garam

2 labu bawang besar dihiris bulat

2 ulas bawang putih dihiris

4 sudu besar sos tomato

1 biji lada hijau dipotong serong

Minyak untuk menggoreng

Sedikit garam

Sedikit kunyit

Sepokok daun bawang yang dipotong seinci panjang untuk hiasan


Caranya:


Ikan tilapia dilumurkan dengan garam dan kunyit.
Goreng ikan tilapia sehingga gareng. Jikalau tidak cukup gareng, isi nya terlalu lembik
Apabila telah gareng, angkat ikan tersebut dan toskan minyaknya.
Tumiskan sos tomato sebentar dan kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dimayang . Kacau sebentar dan masukkan lada hijau yang telah dihiris tadi.
Masukkan sedikit garam.
Apabila telah mendidih curahkan kuah ke atas ikan tadi. Hiaskan dengan daun bawang jika suka.
Selamat Datang ke Dapur Maklang
Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

4 comments:

mila_mill said...

salam maklang,

sy da lama carik resepi ikan masak merah (ikan digoreng and tuang kuah)yg kuahnya banyak dan pekat..mcm kat restoren siam slalu tu..
maklang ada tips tak untuk banyak dan pekatkan kuah?

TQ!

maklang said...

mill_mill:

kalau nak tambah kan kuah dan pekatkan , letak lah lebih sos tomato tu dan air. Kemudian didih atas api kecil sehingga agak pekat...tu aje kalau maklang buat, yang mill-mill cakap makanan kat restoran Thai tu tak tahulah maklang yang mana ye??

mila_mill said...

terima kasih maklang..mungkin faktor pendidihan pn main peranan lg pun sy ni suka pakai cili boh instead of cili kering.. suami sy ni suka sgt order ikan masak merah kalau pi kedai makan.. yg sy nampak (kat kedai yg biasa kami pi) kuahnyer merah pekat warnanya(tak likat)ingatkan byk letak lada kering..tp pedas sederhahan je. sy pn jd cemburu dgn cook tu..hehe.. lelaki plak tu..

MumMe said...

sy try masak ikan tilapia goreng tomato hari ni...ikut resepi Maklang.tima kacih yer