Tuesday, August 07, 2007

Oreo Cheese




Selamat Datang ke Dapur Maklang



Sebab ramai sangat nak kan resipi Oreo Cheese yang maklang buat dan sedaaap sangat and maklang nak share dengan semua, maka maklang letakkan kat sini...Selamat mencuba.

Sebenarnya resipi ni maklang jumpa masa maklang ronda kat internet tengahari semalam, nak cari apa nak buat...Tapi tak ingat dah kat mana ianya berasal!

So, here goes...

Bahan2nya:

20 keping oreos (yang dua lapis)
butter secukupnya.

Blend oreo sehingga hancur dan campurkan dengan butter dan gaulkan sehingga boleh di kepalkan. Masukkan dalam bekad cupcakes dan tekankan supaya rata...

Masukkan kedalam fridge selama 10 mins.

Untuk nak buat inti cheese.

250g cream cheese
3/4 cawan gula icing ( boleh kurangkan jika mahu)
1 cawan whipped cream
1 biji telur
vanilla essence

Caranya:

Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Masukkan whip cream dan pukul lagi. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan vanilla. Kemudian masukkan sedalam acuan cup cake tadi. Bakarkan selama 20 mins atau sehingga ia kekuningan. Biarkan sebentar diluar dan kemudain masukkan ke dalam peti ais. Sedap di makan sejuk2...


Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

4 comments:

@ju said...

maklang.....nak tanya....
whipped cream senang nak cari kat mana-mana supermarket ke? kat label tulis whipped cream jugak ya?
maklum tak penah nak try resepi-resepi yang ada cream sebelum ni...

silversarina said...

best ni ,tak banyak bahan, semua senang nak cari..thanks..nak buat hari ni jugak...tengah semangat ni...hehehe..... kalau tak buat jugak, maklang cubit bila balik nanti ye.... :)

@ju said...

maklang....lagi sekali nak tanya kalau whipped cream tu maklang pakai yang brand apa?

Zack said...

mak lang....sy nk ctc nos mak lang blh x....nk tny harge kek...tok baby 1 thn....