Sunday, August 05, 2007

Puteri Mandi


Selamat Datang ke Dapur Maklang



Hari ini maklang macam mengidam pulak. Nak makan yang manis2. Maklumlah maklang puasa hari ini. So, last2 nak buat kuih Puteri Mandi. Maklang memang suka sangat kuih ni...

Bahannya:

2 cawan Tepung pulut
1sdt garam
1 cawan air (Perahan air daun pandan)
1.2 cawan kelapa parut- ambil yang putih sahaja
3/4 cawan gula ( mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Pewarna merah atau hijau

Caranya:

Tepun pulut diayak dan kemudian dicampurkan dengan air perahan daun pandan)yang telah dilarutkan dengan garam. Letakkan aie sedikit dan uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan mahupun disekeliling mangkuk.

Bulat2kan adunan sebesar guli dan kemudian tekankan ditengah.

Sementara itu, panaskan air didalam periuk.

Apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dibulat2kan tadi. Apabila doh timbul, bermakna, ianya telah masak.

Diperiuk lain, masakkan gula bersama 1 cawan air dan daun pandan. Apabila telah menggelegak, masukkan kelapa dan biarkan sehingga mendidih. Sekiranya terlalu cair,letakkan sedikit tepung jagung. Masukkan doh yang telah direbus tadi dan biarkan sebentar. Angkat dan hidangkan.

Caranya:


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

2 comments:

Kak Elle said...

First time saya tau ada kuih macam ni...tapi tak minat sangat.Rasa2 macam bubur caca cuma tak guna santan.

maklang said...

kak elle:

maklang memang suka kueh ni, nak2 time buka posa. anak2 pun suka jugak!

bubur caca lain....