Cara sama tapi coat dengan coklat aje...and guna oreo strawberry
Selamat Datang ke Dapur Maklang
Kulit
Mentega 110g dicairkan
200 g Biskut digestive ( maklang guna oreo)dihancurkan/ blend aje
Gula perang 2 sdb mampat
Kepingan badam ( maklang tak guna pun)50g dipanggang
Inti
500g didadu Mentega
30g Biskut digestive ( maklang guna ore)
Gula perang
Kepingan badam ( maklang tak guna pun)
Inti
500g Keju krim
30g Mentega
120 g Gula halus
Kulit Lemon ( maklang omit )diparut dari sebiji lemon
Jus lemon ( pun omit sebab masam ~ anak2 kata rasa macam basin ) diperah dari sebiji lemon
30 g Tepung jagung
300 ml Krim putar ( whipping cream)
4 bj Telor, di pukul sedikit
Inti pai blueberry
Hias atas
1 sdt Gelatin serbuk ( maklang guna agar2 serbuk)
30 ml Air
150g Inti blueberry pie
100g Krim putar ( omit jugak ~ tak kosa nak buat!)
Kulit: Sediakan kulit.
Inti:
Pukul keju krim dan mentega sehingga tidak berbintil2. Tambah gula, lemon jus, kulit dan tepung jagung. Pukul sehingga sebati. Masullan krim dan pukul sehingga adunan pekat. Tambah telur sedikit demi sedikit dan pukul adunan sehingga sebati
Tuang separuh inti kedalam kulit. Dengan berhati2, ratakan inti pai bluberry rata2 ata inti keju. Tuang keju yang selebih ke atasnya
Letak acuan ke dalam bekas berisi air panas. ( au bain marie).Bakar selama satu jam atau sehingga inti keras tetapi masih lembut di bahagian tengahnya. Tutup suis ketuhar dan biarkan kek didalamnya selama 30 min. Keluarkan bekas air dari ketuhar. Biarkan kek betul2 sejuk didalam ketuhar dengan pintunya di regangkan sedikit.
Tutup acuan kek dan dinginkan didalam peti sejuk selama 6 jam,
Hias Atas:
Tabur gelatine/ agar2 ke dalam air dan biarkan selama 5 minit. Kacau diatas api kecil sehingga campuran menjadi jernih. Masukkan inti pai blueberry dan kacau. Keluarkan kek dari acuan dan bubuh campuran tadi.
Putar krim sehingga kembang dan hiaskan atas kek. Sejukkan dulu sebelum di hidang
Kulit:
Gunakan mentega bergaram atau tidak bergaram. Oleh kerana mentega mengenakkan lagi rasa kulit biskut, elakkan daripada menggantikan dengan majerin atau pengganti mentega lain. Bagi kek keju yang di bakar, griskan acuan.
Caranya:
Cairkan mentega dan kemudian gaulkan dengan biskut yang dihancurkan tadi. Kemudian letakkan dalam acuan springfoam dan tekankan sedikit. Masukkan kedalam peti sejuk selama 1/2 jam sebelum dituangkan dengan cream ang telah di pukul tadi.
Bakar kek selama kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil pembakar, tapi seeloknya masukkan dalam bekas yang lebih besar sedikit dari springfoam. Kemudian, letakkan air kedalam loyang yang lebih besar berisi air panas.
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
No comments:
Post a Comment