Tuesday, July 22, 2008

Oreo Cheesecake


Selamat Datang ke Dapur Maklang


20hb July yang lepas maklang ada buatkan Along Cheesecake. Sempena hari jadi dia yg ke 15. Dia mulanya nak maklang buat Mud Cheesecake, tapi maklang tak berapa suka. Muak bebenor sebab banyak sangat cokelatnya! So, Cik Abang pun kata, buat aje Cheesecake biasa. Maklang belek2 buku, jumpa yang ini. Sedap wei...


So,
bahan2nya:


14 keping oreo ( kalau ada cream pun tak pe), di pecahkan dan dikisar halus. Campurkan dengan 2 sdb butter yang telah dicairkan. Gaulkan rata dan tekan dalam springfoam berukuran 8 inci. Bakar selama 10 min dan diketepikan.

Bahan A:
750g cream cheese
130g gula
Bahan B:
3 biji telor ayam

Bahan c:
200ml whipped cream ( yang dalam kotak tu)

Bahan d:
15 keping oreo di potong 4
1 sdt vanilla
1 sdb tepung jagung

Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati dan kembang
2. Masukkan telor satu persatu dan pukul.
3. Masukkan whipped cream dan pukul lagi.
4. Terakhir masukkan oreo yang telah di belah
5. Gaul rata dan tuangkan kedalam acuan tadi.6. Boleh juga dihiaskan dengan Oreo di atas kek, dirikan biskut tu. Kalau dibaringkan susah nak potong...maklang baringkan , masalah nak potong!
6. Bakar secara ben marie ( macam yang maklang tulis kat resepi bluberry cheesecake tu) selama 50min. Selepas itu biarkan kek didalam oven selama 1 jam dengan pintu oven sedikit terbuka. Bila dan sejuk, masukkan kedalam peti ais selama 5 jam sebelum dihidangkan.


InsyaAllah jadik....





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

10 comments:

comey_lote said...

mekasih maklang...saya join cari gak...nick saya mrs_livingstone...hehehe

Neeza Shahril said...

nampak cam senang. nak kena gi beli cheese lagi dan whop cream. pas tu nak try..
thank you maklang.. love youuuu!!!

Hertiny binti Laiman said...

salam mak lang,
mak lang buat saya terliur tgk kek chess coklet oreo tu...mcm nak try buat, tapi nampak mcm susah ye mak lang? jenjalan le kat tpt saya yer mak lang..

Siti Khuzaimah said...

Salam mak lang, lama tak dgr cerita...sihat ker? Nmpk sedap oreo cheesecake tu, nnti one fine day nk buat ler

Nanti maklang dtg blog saya ler...nk bagi tugasan mudah sikit utk maklang...jgn mare :)

SyahNur said...

wa.. sedapnye oreo cheesecake ni.. pandai betul la maklang buat.. mesti blh lawan secret recipies punye oreo chesecake ni..

Anonymous said...

maklang, i nk request resipi pengat pisang..yela dh msk bulan puase ni lps terawikh best gak pekene pengat pisang..tolong ek!!

|| syazwaniadnan || said...

salam maklang..
sedapnye oreo cheesecake..
teringat masa mula2 kenal cheesecake..
bila jumpa resipi terus bake, tp x taw apa fungsi bain marie/waterbath.
menjadi, tapi gelap sket la cake nye..
huhu..

nampak best je cake maklang ni..
sure sedap dimakan kan..
ok, salam perkenalan dr wani :)

zonaku said...

maklang.. bila nk bg resepi br??? nk msk posa dah nie.. nk y simple2 pny... senang msk lps blk keje

Puteri Sepi said...

mak lang, saya dah terliur ni. isk. lama betul nak tunggu minggu depan.

*ape la nasib busy memanjang je. nak buat kek lepaskan gian tekak pown payah*

Anonymous said...

berapa suhu nk bakar cake ni??