Wednesday, February 25, 2009

Pacery terong dan telur



Selamat Datang ke Dapur Maklang


Hari ini memang habis idea nak masak apa...last2 teringat ada beberapa biki terung dalam fridge. Makanya membuat pacerylah kat dapur pagi2 tadi sebelum ke pejabat!

Bahan:

4-5 biji terung dibelah dua
2 batang lada merah dibelah 2 dan dibuang biji nya
6 biji telur direbus, dibuang kulitnya dan kemudian digoreng

Bahan tumis:

1 batang kayu manis di ketuk
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 pelepah daun kari
2 biji bawang merah dimayang halus

Bahan tumbuk:

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 ekor ikan bilis

4 sdb kari ikan
1 cawan santan pekat
2 sdb kerisik
1/2 cawan air perahan asam jawa
1 keping gula kerek ( atau gula melaka -agak2 manisnya ye!)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam mengikut rasa

Caranya:

1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumisan sehingga bawang agak keperangan.

2. Masukkan bahan2 tumbuk dan goreng sehingga agak garing.

3. Masukkan rempah kari dan goreng lagi.

4. Masukkan santan dan air asam. Biarkan mendidih dan masukkan gula bersama2 dengan terung.

5. Masukkan telur. Kalau boleh belahkan telur supaya perisa kari terasa pada telur. Masukkan lada merah yang dibelah tadi.

6. Biarkan mendidih dan angkat bila agak pekat.

Sekian. Selamat mencuba!







Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

3 comments:

sapiah hussien said...

Nyum,nyum. My feveret nih. Kalau takde lauk lain pung takpe. Tambah ikan goreng fresh or ikan masin, sedap...

hanieliza said...

salam..
kakliza x biasa buat pajeri terung add telur rebus..
so nak cubala..nampak sedap jer...

maklang said...

sapiah:

mana tau kalau awak datang rumah kita ( entah bilalah agaknya...??), boleh lah kita buat resepi ni...InsyaAllah

Kak Liza:

Maklang suka jugak ni. Tapi jarang2 buat sebab tak ramai peminat!:)