Sunday, March 01, 2009

Taugeh kasar goreng

Selamat Datang ke Dapur Maklang

















Taugeh kasar ni memang maklang suka...sedap ..berderap kalau makan.

Bahan2:

200gm taugeh kasar dibuang ekornya dan dibersihkan
1 ikat daun kucai dipotong sepanjang 1 inci
2 keping tauhu lembut dipotong 4

Bahan tumisan: ( di tumbuk)

2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah
6 ekor ikan bilis dibuang isi perut
1/2 inci belacan
1 sdk udang kering

Sedikit minyak untuk menumis
3 sdb kicap kikkoman - kalau tak ada boleh guna mana2 kicap cair
sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak.
2. Masukkan bahan tumis dan goreng shingga garing.
3. Masukkan kicap kikkoman/ kicap cair dan gula.
4. Masukkan potongan tauhu. Biarkan merenih sebentar.
5. Masukkan taugeh dan daun kucai. Balikkan sebentar dan angkat.





Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

5 comments:

sapiah hussien said...

nyum..nyum...

Pak Cik said...

Jika ada resepi yang special eloklah dimasukkan dalam blog. Terima kasih.

nestumrasberi said...

salam maklang,
suka sangat baca blog maklang
sebab ada resepi2 simple yang sangat menarik..

maklang boleh link tak..

ina @ nina @ infazety said...

salam maklang...
nk minta izin link kan blog maklang ya...

bukan apa maklang...kekadang tu tandus gak fikiran bila masuk bab masak memasak ni...

tq maklang....

SyaHani said...

Masak tempoyak pun sedap kalau guna taugeh kasar ni... yummy...