Tuesday, April 07, 2009

Sotong masak kicap

Setengah orang tak pernah makan sotong masak kisap. Macam maklang jugak. Mula makan sotong masak kicap, bila arwah mak mentua yang masak. Sedap rupa2nya ye....


Meh cuba...





Bahan2nya:




a.
1 labu bawang dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 biji lada merah dihiris
1/2 inci halia dihiris

b.
1/2 kg sotong bersihkan. Kalau sotong besar sangat hendaklah dibelah sotong itu dan dikelar2kan supaya tidak liat. Kalau kecik2 sangat, masak sekor2 pun boleh.
1 sdt kunyit serbuk
1 sdb lada kering yang telah di blend

c.
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan kicap masin
1 cawan air asam jawa ( jangan terlalu pekat)


d.
minyak untuk menumis


caranya:

1. Panaskan minyak.
2. Goreng kan sotong dengan bahan b hingga agak masak. Angkatkan.
3. Tumis bahan hirisan hingga naik bau.
4. Masukkan bahan c hingga mendidih dan masukkan sotong. Biarkan sebentar dan bolehlah diangkat.





Selamat Datang ke Dapur Maklang









Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

5 comments:

saudah said...

sedapnya mak lang...selalu odah sotong goreng tepung atau sambal..boleh try nih

nestumrasberi said...

mak metua saya pun suka masak sotong kicap tapi resepi dia lain sikit.

MamaFaMi said...

Mak Lang, kalau goreng sotong tu, meletup letup tak? Kita ni kalau bab meletup ni yang ada malas sket!

kakyong said...

salam maklang
dok cari2 resepi ketam.. huuuhhh, tak jumpa.. len kali maklang masukkan yer.. suami beli ketam hari ni, bosan ler asyik rebus2 jer.. ingat nak try resepi kat dapur maklang ni.. huhuhhh.. tak jumpa pulak.. nak try google kakliza pulak.. hehehh

Blog Ppsting Services said...

hmm maklang bini i tengah try resepi ni thanks for mengembalikan kebahagian pada rumah tangga kami