Saturday, August 08, 2009

Ayam Masak Hijau


Selamat Datang ke Dapur Maklang



Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 12 dan dibersihkan

Untuk dikisar:

6 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
15 tangkai cili hijau
6 tangkai cili padi, jika mahu lebih pedas, boleh tambah lagi..


2 labu bawang besar di hiris bulat
1 tangkai lada merah di hiris
1 bj tomato dipotong panjang
3 kpg asam keping
sedikit garam dan gula
1 cawan bawang goreng
minysk untuk menggoreng

Caranya:

1. Kentang dihirs bulat dan digoreng.
2. Gaul kan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng.
3. Tumiskan bahan2 yang dikisar didalam sedikit minyak sehingga garing.
4. Masukkan asam keping dan garam serta gula.
5. Masukkan bawang goreng dan gaul rata
6. Masukkan ayam, bawang besar dan tomato. Gaul rata dan bolehlah diangkat.














Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

No comments: