Thursday, December 03, 2009

Brocolli cendawan


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Bahan2:

5 ulas bawang putih dibuang kulit dan di ketuk
2 pokok brocolli
5 batang cendawan kering direndam sehingga kembang, dibuang batangnya dan kemusin dihiris nipis
1 ikat cendawn Innoki
3 sdb sos tiram
1/2 sdt lada putih
1/2 sdt gula
beberapa titisan minyak bijan
1 sdb minyak untuk menumis
1/2 gelas air


Caranya:

1. Potong brocolli .
2. Rebus air dan titiskan sedikit minyak masak. Apabila air masak, celur kan brocolli selama 3 min dan kemudian di angkat dan ditoskan.
3. Panaskan minyak masak didalam kuali. Bila minyak sudah panas, tumiskan bawang putih yang telah di ketuk
4. Masukkan sos tiram, lada putih dan gula. Campurkan 1/2 gelas air. Biarkan ianya menggelegak.
5. Masukkan cendawan shiitake dan biarkan sebentar.
6. Masukkan cendawan Innoki.
7. Titskan minyak bijan dan diangkat.
8. Letakkan brocolli tadi diatas pinggan dan kemudian curahkan kuah cendawan tadi ke atas brocolli.








Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

5 comments:

07raflessia said...

nak pandai masak jugakk

ct HajAR said...

cedapnyer maklang..terliur tgk =)

MOHD AMIR MORAD said...

emmmmm...sedapnyer...rasa cam nak makan jer pc ni tengok gambaq tu...walaupun kawe ni jate...kawe follow sebab sedap...jom tukar2 link...

http://amirkomeng.blogspot.com/

Look87 said...

blogwalking, nice to meet your blog, it is a great n good blog...
please visit me and follow me...
thank you...
and friend greeting

trendymuslimah said...

salam ziarah