Thursday, August 19, 2010

udang nestum


Selamat Datang ke Dapur Maklang


Ha..ha..Alhamdulillah...akhirnya maklang dapat gak buat udang nestum. angah lah yang nak sangat maklang belajar buat benda ni...so apalagi maklang browse laa..tengok sana sini, lepas tu kita modify laa..ikut rasa masa makan kat the Horizon Kuantan...

Bahan:
A:
1 kg udang dibersihkan, nak buang kepala boleh, tak nak pun boleh
1 cawan tepung jagung
1 sdt serbuk lada putih
garam secukupnya

B:
minyak untuk menggoreng

C:
1/2 cawan mentega
6 biji cili api yang di potong kecil
3 pelepah daun kari
1 cawan nestum
2 sdb gula pasir


Caranya:

1. Golek2 kan udang dalam tepung, lada putih dan garam yang telah dicampurkan sebati. Goreng sebentar kerana kalau terlalu lama, nanti udang akan terlalu masak dan kecut...tak sedap laa
2. Angkat dan toskan
3. Cairkan mentega dalam kuali atas api yang perlahan
4. Masukkan cili padi dan daun kari dan gorengkan sehingga kering.
5. Masukkan udang.Gaulkan.
6. Terakhir masukkan nestum dan goreng sebentar. Masukkan gula dan ratakan. Bolehlah angkat. ( api perlahan ye...takut nestum terhangus:)



Semuga mendapat manafaat dari blog iniResepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

6 comments:

LoveHonesty said...

Uhmmmm..... yummy....... Aku mau ngasih tau ma2hq resep ini..... mkseh yea..... ^-^v

evelefay said...

What a fabulous site! Great work ...

Eve

Swadhi said...

That looks sooo delicious!

Mcburn's Kitchen said...

Masakan yang "no frill" bagus sekali.

Mcburn's Kitchen said...

Bagus masakan yang banyak innovasi nya.

Lieya said...

Uiii tengok pun dah sodap ape lg kalau dpt makan... ehehhe