Thosei
Thosei ni makanan kegemaran semua dalm rumah ni termasuk Atok & Wan, alang & Uncle Jai, Busu & Auntie Lin ( ni tak berapa sure sangat) and Pak Ngah & jugak Yusof Hilman ( anak Alang).
Ada lebih kurang 2 tahun lepas, officemate expat dari Yindia tolong ajar macamana nak buat. Kiranya after 2-3 kali buat jadilah.
Bahan2nya:
1 cawan urat dhal ( dhal ni boleh didapati di kedai2 India)
3 cawan beras
Kedua2 bahan dicampurkan dan dicuci hingga bersih. Rendam semalam dan kemudian dikisar( bercampur dengan air rendaman ) sehingga halus. Campur kan dengan sedikit garam. Biarkan selama 12 jam .
Apabila adunan sudah boleh digunakan ianya kelihatan seperti berbuih. Ambil satu senduk dan letakkan dalam kuali tak lekat. Macam lebihkurang unutk nak buat lempeng. Kemudian renjiskan sedikit minyak di sekeliling thosei tersebut. Thosei yang 'menjadi' ialah thosei yang akan memberikan 'bubbles' masa kita masak dia. Thosei ni sedap dimakan dengan chutney.
Chutney
1/2 cawan dhal biasa
1 cawan kelapa
1 cawan air asam jawa
2 biji cili hijau atau cili kering
1 inci halia
Bahan2 di atas di kisar sehinnga halus. Sekiranya menggunakan lada kering, lada kering tersebut jangan dikisar. Di potongkan sahaja.
Tumiskan sedikit daun kari dan biji sawi. Kemudian masukkan bahan yang dikisar bersama garam secukup rasa. Masakkan sebentar.
Cuba jangan tak cuba....
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
1 comment:
Hi Mak Lang...
Kita suka makan tosei ni, tapi kita malas ler nak buat...pasal nak perap la nak rendamlah...silap hari bulan, kita terlupa kita ada perap toseii...hihihihi....
Post a Comment