Ayam masak serai
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sebesar ibujari halia
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.
Selamat Datang ke Dapur Maklang
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
3 comments:
salam berkenalan maklang.nak tanya maklang pasal ayam serai tu...nampak macam sedap.nak cuba la ni ,tapi mana ada lada dalam resepi tu.maklang lupa nak nak taruk lada dalam resepi tu kot.
kerja tangan maklang pun saya minat juga.so..tengok ajelah tak pandai nak buat.maklang duduk jauh kalau boleh nak belajar dengan maklang.bye,assalamualaikum
Anon:
Terimakaseh...memang lupa lah tu, ni maklang betulkan. Rasa macam dah masukkan...
Termakaseh laaa...
Kalau nak belajar, boleh aje...
Assalamualaikum maklang...
Nak tanya bila nak masukkan serai tu? Bersama bahan tumisan ker? Nampak sedap sangat so nak try masak... Tq
Post a Comment