Wednesday, July 04, 2007

Mee Hailam Angah


Di sini maklang nak letakkan resepi untuk mee hailam yang Angah buat baru2 ni. Moga2 kaklong Syikin akan dapat masak mee Hailam ini...


Bahannya:


10 ekor udang dibuang kepalanya dan dibersihkan

4 ekor sotong di potong kecil

Ayam atau daging dipotong nipis2

sedikit halia di hiris

2 ulas bawang putih di hiris

2 ulas bawang merah di hiris

lada merah dihiris

sedikit sos tiram

sedikit lada putih

kicap mee (kicap ni pekat sangat tapi tak masin langsung!)

yee mee/atau mee kuning/ mee lidi atau mee hoon atau kuey teow

sedikit fish ball dan fish cake

sedikit tepung jagung

garam dan gula

carrot di hiris bulat

cendawan shitake direndam dan dihiris

sedikit kobis panjang

sedikit cauliflower di potong


Caranya:


1. Mula2 tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan lada merah yang telah di hiris.

2.Kemudian masukkan daging. Seeloknya daging yang digunakan itu adalah daging yang lembut.

3.Kemudian masukkan udang dan sotong.

4.Masukkan air dan sos tiram dan lada putih secukupnya.

5. Kemudian masukkan fish ball dan fish cake. Kemudian masukkan kicap pekat. (kicap mee).

6.Apabila sudah mendidih masukkan sayuran diikuti dengan yee mee. (Mee lain2 juga boleh digunakan).

7.Kemudian masukkan sedikit tepung jagung yang telah di kacau dengan sedikit air.

8.Jangan lupa letak garam dan gula mengikut rasa.



Selamat mencuba!





3 comments:

Kaklong said...

salam,

tq so much maklang. ni tak sabar nak cuba ni :D

err..cendawan shitake tu yg jenis kering tu ya? tak biasa pakai cendawan sbnrnya. cendawan butang tu ajelah yg taunya hehe.

Zakiah said...

mak lang sini takda mee lar.... kalau pakai meehoon tak best kan.

maklang said...

kaklong:

betul yang jenis kering. rupa macam cendawan butang tapi besar.

zakiah:

boleh paki meehoon tu tapi kena rendam then tumiskan bawang besar and bawang putih, lepas tu masukkan meehoon n letakkan kicap sikit dengan oyster sos. angkat dulu. then tuangkan kuah mee tu. sedap....