Wednesday, August 15, 2007

Roti berinti













Selamat Datang ke Dapur Maklang

Hari ini maklang buat Roti berinti.

Maklang gunakan resepi roti asas dan kemudian letakkan inti didalamnya. Sebenarnya maklang mulanya ingat nak buat macam Bro Rozzan punya inti, tapi bila balik dari office tadi, Along tak keluarkan pun the daging kisar, maka lainlah jadiknya...


Maklang gunakan bahan2 berikut:

Beberapa keping salami (beli aje kat kedai) dipanaskan dan dihiriskan panjang2
cheddar cheese dan mozarella cheese di parut
1 labu bawang besar didadu
1/2 cawan jagung frozen
sedikit barbecue sos
sedikit cili sos
mayonaise

Caranya:

Doh dibahagi 4
Kemudian dicanai 4 segi
Panaskan bawang bersama jagung diatas kuali sehingga agak layu. Letakkan sedikit barbecue sos dan sedikit oregano.
Letakkan bawang besar dan jagung tadi (spread out)
Kemudian letakkan salami dan cheese yang dihiriskan seperti membuat pizza
Gulungkan doh yang dicanai tadi
Potongkan setebal 1.5 inci
Tinggalkan selama 40 minit dan kemudian sapukan dengan telur yang telah dicampurkan dengan sedikit susu. Pipekan tomato sos atau cili sos diatas doh tadi. Pipekan jugak mayonaise jika suka.
Bakar dalam suhu 180 - 200 C selama 1/2 jam atau sehingga kekuningan
Setelah masak, sapukan mentega.


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Taugeh kasar goreng dengan tahu dan udang



Selamat Datang ke Dapur Maklang
Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Sotong & Udang Goreng Paprik


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Bahan2nya:

10 ekor udang
3 ekor sotong dipotong bulat
4 batang kacang panjang dipotong sepanjang 1 inci
bunga kobis ( yang ini agak2 ye)
1 batang carrot dihiris bulat berbunga
1 labu bawang besar dipotong panjang
3 ulas bawang putih dihiris
2 biji lada merah dihiris
10 biji cili padi diketuk
3 batang serai dihiris nipis dan menyerong
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato
2 sdb sos tiram
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis
3 helai daun limau purut

Caranya:
Panaskan minyak
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia
Apabila sudah naik bau, masukkan serai dan cili padi
Masukkan sos2
Masukkan sotong dan udang. Gaulkan rata dan biarkan sehingga separuh masak
Masukkan sayuran dan daun limau purut bersama garam dan sedikit gula. Kacau rata.
Angkat dan boleh dihidangkan.
Sedap di makan semasa masih panas.


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Friday, August 10, 2007

Mee Ambeng


<Selamat Datang ke Dapur Maklang


Ini salah satu dari resipi yang ada dalam Nasi Ambang. Nasi Ambang ni makanan orang Jawa, biasanya dijadikan berkat kalau ada kenduri. Maklang dapat dari Wan Pari. Wan Pari kalau masak memang class gitu...



Tapi mintak maaf ye..sebab episode untuk resipi2 lain untuk Nasi Ambang ini terpaksa di letak sikit2 sebab malasnya lah nak menaip...



Mee ni kalau makan dengan telur rebus pun sedap. Tak payah gu dengan lauk2 lain untuk nasi Ambang.


Bahan2:

Mee kuning 2 packet
Taugeh 50 sen

Bahan untuk di mesin

4 bj Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1.5 biji buah keras
kicap mee 4 sdb ( agak2)
lada kering 2sdb
1 sdb lada hitam
1 sdb udang kering
letak sos dan gula untuk manis.
(* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)


Caranya:
Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.

Masukkan mee dan gaul rata.
Masukkan taugeh. Gaul lagi. Lepas tu angkat dan boleh di makan.
Tapi tunggulah kejap..kang melecur pulak lidah tu!!


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Serunding Kelapa


Selamat Datang ke Dapur Maklang


Serunding Kelapa


Sebiji kelapa parut


Bahan di mesin

30 sen jintan manis ( sebungkus `~ 1 sdb )

1sdb jintan putih

3sdb ketumbar

4 batang serai

1/2 inci lengkuas sebesar ibujari

1/2 inci halia

4 ulas bawang putih

4 biji bawang merah

2 sdb lada kering blend

1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)

2 sdb udang kering


Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)

Gula dan garam secukup rasa.


Semua bahan diatas dimesin sehingga halus


Caranya:

1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.

2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.

3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.

4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebihkurang 5 minit. Bolehlah diangkat.

Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Tuesday, August 07, 2007

Oreo Cheese




Selamat Datang ke Dapur Maklang



Sebab ramai sangat nak kan resipi Oreo Cheese yang maklang buat dan sedaaap sangat and maklang nak share dengan semua, maka maklang letakkan kat sini...Selamat mencuba.

Sebenarnya resipi ni maklang jumpa masa maklang ronda kat internet tengahari semalam, nak cari apa nak buat...Tapi tak ingat dah kat mana ianya berasal!

So, here goes...

Bahan2nya:

20 keping oreos (yang dua lapis)
butter secukupnya.

Blend oreo sehingga hancur dan campurkan dengan butter dan gaulkan sehingga boleh di kepalkan. Masukkan dalam bekad cupcakes dan tekankan supaya rata...

Masukkan kedalam fridge selama 10 mins.

Untuk nak buat inti cheese.

250g cream cheese
3/4 cawan gula icing ( boleh kurangkan jika mahu)
1 cawan whipped cream
1 biji telur
vanilla essence

Caranya:

Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Masukkan whip cream dan pukul lagi. Masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan vanilla. Kemudian masukkan sedalam acuan cup cake tadi. Bakarkan selama 20 mins atau sehingga ia kekuningan. Biarkan sebentar diluar dan kemudain masukkan ke dalam peti ais. Sedap di makan sejuk2...


Semua mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!

Sunday, August 05, 2007

Puteri Mandi


Selamat Datang ke Dapur Maklang



Hari ini maklang macam mengidam pulak. Nak makan yang manis2. Maklumlah maklang puasa hari ini. So, last2 nak buat kuih Puteri Mandi. Maklang memang suka sangat kuih ni...

Bahannya:

2 cawan Tepung pulut
1sdt garam
1 cawan air (Perahan air daun pandan)
1.2 cawan kelapa parut- ambil yang putih sahaja
3/4 cawan gula ( mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Pewarna merah atau hijau

Caranya:

Tepun pulut diayak dan kemudian dicampurkan dengan air perahan daun pandan)yang telah dilarutkan dengan garam. Letakkan aie sedikit dan uli sehingga tepung tidak lagi melekat di tangan mahupun disekeliling mangkuk.

Bulat2kan adunan sebesar guli dan kemudian tekankan ditengah.

Sementara itu, panaskan air didalam periuk.

Apabila air telah mendidih, masukkan doh yang telah dibulat2kan tadi. Apabila doh timbul, bermakna, ianya telah masak.

Diperiuk lain, masakkan gula bersama 1 cawan air dan daun pandan. Apabila telah menggelegak, masukkan kelapa dan biarkan sehingga mendidih. Sekiranya terlalu cair,letakkan sedikit tepung jagung. Masukkan doh yang telah direbus tadi dan biarkan sebentar. Angkat dan hidangkan.

Caranya:


Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!