Selamat Datang ke Dapur Maklang
Lama dah tak updet blog ni...
Hari ini maklang nak letak resepi siput sedut pulak. Memang kesukaan Maya dan anak2 lain. Maklang pulak kena puasa makan siput ni... kolestrol I tinggi melambung!
Bahan2:
1kg Siput sedut dipotong belakangnya dan dibersihkan
Bahan a:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/4 inci halia
6 batang laga kering ( jika mahu pedas tambah kan lagi)
Bahan B:
3 batang serai dititik
3 sd besar tomato sos
3 sd besar cili sos
3 sd besar sos tiram
sedikit gula dan garam
minyak untuk menumis.
1. Kisar bahan A sehingga lumat.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga garing
3. masukkan bahan B, kacau sehingga sebati.
4. Masukkan siput dan sedikit air agak2 menutupi siput.
5. Goreng sehingga agak kering.
6. Angakat dan boleh lah di makan!
Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
1 comment:
amboi maklang!
lepas bergembira ,menyedut pulak dah!! Saya selalu masak siput ni dengan batang keladi,masal lemak cili padi ler...Tapi kalau makan ni tak kenyang la maklang,,angin banyak masuk!!!!tapi saya nak cuba la cara maklang ni...orait!!
Post a Comment